tutup mulut && mari lihat

ketawa sedih bersama. peace

Sunday, May 30, 2010

perkahwinan ♥


Tema entri kali ini disebabkan majlis perkahwinan yang baru saya hadir. iaitu sedara saya. suhaini & fathullah. semoga kalian berdua bahagia hingga ke akhir hayat. amin. alhamdulillah majlis kalian berjalan dgn lancar walaupun hujan jatuh mencurah2 dan alhamdulillah juga meriah majlisnya. dengan tetiba aku turut memikirkan adakah majlis aku nanti lebih meriah atau meriah atau tiada erti kemeriahan lansung. pasti sadis si ibu dan si ayah jika perkahwinan yang diingini tidak seperti yang dijangkakan . inikan lagi pengantinnya. moga tuhan merahmatinya. insyaallah. haish lari topik ni. gaye macam nak kawen dah aku ni. merapu betul. oke sebab kenapa saya bercerita tentang majlis ini adalah kerana nak bagitahu anda semua yg saya jd pengapit di majlis itu. xdisangka betul. macam xsesuai je. tp okela. majlis pun dh selesai. dan bermakna misi saya berjaya. good job cikin. teehee. sedikit kenangan yang hendak dikongsi ;

pertama : pengantin (suhaini && fathullah )



kedua : pengantin serta family tercinta



ketiga : sedare-mare, ramai lagi, tp ni je mampu di snap



keempat : sepupu rapatku, syg mereka bah





Wednesday, May 26, 2010

Berita terkini

pertama ; untuk kenyataan yang pertama. blog dah makin macho
kedua ; untuk hubungan kita berdua yang suda mempunyai bermacam masalah *si BF

ketiga ; untuk repot yang suda sampai minggu ketiga. hebat bukan

empat ; untuk 4 hari lagi akan attend perkahwinan cousinku

lima ; untuk bufday saya yang akan datang. teman lekas cari hadiah

enam ; untuk dah sampai enam. cukuplah tu





p/s ; pic yg tiade kaitan. tp nat suke dy ni

Monday, May 24, 2010

Report. err ?


wah. xsangka masa yg ditunggu2 hampir tiba.
11 jun 2010. tp tp tp repot xsiap bah. macam mana ni. takut pulak. takut repot direjek dan kena ulang blek praktikal. waa. xmaula. seram kaw. nak belajar dgn kawan2 yg dulu. xnk la dgn junior. selebet je. tapi repot utk minggu 1 pun belum siap. nampak sgt kaw malas kan. berubah la wey. banyak sungguh setan malas. err. tinggal lagi 2 minggu nak abis. masa dah suntuk. nanti nak bagi sort copy lagi kt company. nak amik cop lagi. wahai. bala betul. memang bagus MALAS kaw 2. rasekan. huh.



p/s ; makin busy dgn programming, cmne wa mau wt repot. hurm

Friday, May 14, 2010

Liam ?

who's Liam. *based on 90210 post. searching. loading. then pap. im got the truly name. MATT LANTER. my second BF oke. dun u ever take him from me. he...... so so so sweet ♥



p/s ; sofhi u still da top 1. *flirt je. teheee

pening !!


mengantuk la bai. bangun tido pukol 5pg. until now xde rest lagi. cepatla masa berlalu. dah cukup penat ni. huh. tadi teman pqot pegi maybank. ingatkan nak pegi mane2 la. waktu rehat 1230-230. at last kitorang keluar for lunch nak dekat pukul 2. huh. agak marah la. kalau aku tau baik balik rumah tido. haish. dhla duet aku lebur rm10. air kelapa 1 rm 4. bapak mahal doe. tension betol. bukan aku minum pun. sebab euw. geli lah. cara orang tu buat air pun cam hape je. yarkss

Thursday, May 13, 2010

seseorang


salam semua dan selamat pagi, akcely dah tengahari pun. pagi tanpa nasi lemak seperti selalu. cuma kalsium. hee. mak saya kan jual nasi lemak so hari2 pun brekfes nasi lemak. dah sebati kot. sampai teman2 seperjuangan juga memanggil saya cikin nasi lemak takpon cikin nasi lemak satu. ape ingat aku ni mamak kt kedai ke yg korang dok pangel roti canai satu 'anne'. *ntah cmne spel anne. oke xpe. ak xkesa pun sume tu. berbalik pada post ak, sebenarnya ak nk bagitau pasal 1 blog ni. gelaran dy Mr. K, xkesala di panggil apepun tapi blog dye menarik. sebab banyak isu perempuan dibicara. perempuan itu perempuan ini. i dun care oke. bukan sebab ak xkesah Mr. K kritik perempuan. biasela hidup mesti nak confess papepun. yang aku salute dengan blog Mr.K sebab dye macam tau banyak perkara. karya dye pun menarik. nice to reading oke. taknak soksek lagi dah. korang juz klik je http://theotherkhairul.blogspot.com/

90210


Hey kamu semua. saya suka tengok cerita ini oke. lebih-lebih lagi ada jessica stroub. u comel la. nak jadi macam u bole. ur act superb taw. i wish i can meet u one day. hopefully. urm. lagi satu Liam u hensem la. macho lagi. nak tau sape Liam kamu semua kena tonton ye. no missed 90210 !

p/s ; cite ni dh lmbat la. kol 1130 mlm kot. sebab ada showdown 2010. menyemak la. huh

penyakit ?

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua yg sudi mengklik blog "my wish, my dream"..
Di hari khamis yg mulia ini ingin saya berkongsi maklumat tentang penyakit TIBI. mengapa dan kenapa saya bangkitkan isu penyakit ini adalah disebabkan orang yg rapat dengan saya mengalaminya. sungguh saya sedih. kenapa orang yg saya kenal mendapat penyakit sebegini. kenapa orang yg saya sayang mendapat penyakit seperti ini. sungguh tuhan itu maha kaya...



TIBI

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI

  • Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mungkin mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hlang selera makan
  • Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

  1. mendapatkan pemeriksaan doktor
  2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
  3. menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.

  • 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
  • 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan

  • Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
  • Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
  • Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan
p/s ; semoga awak cepat sembuh ye !

Tuesday, May 11, 2010

Broga Hill

salam semua, dan selamat makan tengahari..

harini aku xbalik lunch dirumah sebab hujan. akcely dh balik pun. sesampai di traffic light di wangsa maju hujan pun turun. berpatah balik la aku. so mase2 rehat ini la nk update blog. teheee. oke berbalik pada tajuk kite * BROGA Hill. aku nak pegi sebab ternampak 1 page hamba Allah ni, dekat photo dye ade pic broga hill. lawa tempatnye. peaceful. so macam excited la nak pegi. ha ak tengok di FB ye. ade jugak hikmahnye facebook ni. bhahahahaha. so aku pun research la dan bertambah++++ teruja la nak pegi. sekarang dalam proses mengajak rakan2. heee...



p/s ; kalau boleh nak pegi dgn u syg. yes u la. hee